Sunday 26 May 2013

RUDOLF STEINER : TOKOH PERSEKITARAN BELAJAR UMPAMA DI RUMAH

saya baru mengenali rudolf,siapa sangka hasil peralatan bahan bantu mengajar semuanya berasaskan kayu seolah olah kita semua di rumah ^_^











Pada masa kini semakin ramai guru dan ibu bapa yang menyedari akan pendidikan Waldorf. Sebagaimana Montessori dan Reggio, Wardolf yang berakar umbi di Eropah telah pun berkembang ke seluruh dunia. Ramai yang tertarik dengan pendekatan ini kerana mereka melihatnya sebagai alternatif kepada pendidikan tradisional dan sebagai ilham untuk meningkatkan mutu pendidikan (Edwards, 2002). Model Pendidikan Waldorf berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak yang bertujuan untuk menggalakkan persekitaran pembelajaran yang sihat kepada kanak-kanak, pembelajaran yang tidak tergesa-gesa dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak. Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Pendekatan Waldorf menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuklah pusat jagaan kanak-kanak di rumah, kumpulan ibu bapa dan kanak-kanak, program sokongan untuk ibu bapa, dan tadika yang menyediakan program  untuk kanak-kanak berusia antara 3 hingga 7 tahun (Oldfield, 2001). Pendekatan Waldorf diasaskan oleh Rudolf Steiner dan pertama kali dilaksanakan di Jerman. 



Rudolf Steiner dan Falsafah Antropologi

Rudolf Steiner dilahirkan di Austria pada tahun 1861 dan merupakan anak kepada seorang pegawai stesen kereta api. Beliau menghabiskan masa kecilnya di sebuah perkampungan petani di Austria. Rudolf mempelajari matematik, fizik, dan kimia dalam pengajian ijazah pertamanya di sebuah universiti di Vienna dan kemudian menyambung pengajian doktor falsafah di University Rostock.
   Selepas Perang Dunia Pertama, beliau memulakan usaha membangunkan dan mengembangkan ideanya berkenaan ketenteraman sosial di mana usaha gigihnya mendapat sambutan menggalakkan daripada semua pihak. Berdasarkan konsep yang diperkenalkan ini, beliau berpendapat bahawa masyarakat yang sihat perlu saling bergantung dalam  bidang ekonomi yang berkaitan dengan pengeluaran, penerbitan, serta penggunaan tenaga dan perkhidmatan. Dalam bidang politik pula, perkara yang diambil kira ialah mengenai hubungan sosial sesama manusia manakala dalam bidang kerohanian pula pandangannya lebih kepada aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kemenjadian manusia. Ketiga-tiga bidang ini saling berkait antara satu sama lain dan yang paling penting ada tolak ansur demi mewujudkan perpaduan dalam masyarakat (Childs, 1991a).
     Malangnya, pada masa itu tiada  sokongan sepenuhnya diberikan  kepada Steiner untuk mengubah cara pemikiran tradisional di Jerman menyebabkan hasrat Steiner terbantut. Walau bagaimanapun, idea-idea beliau dimanifestasikan ke dalam bidang-bidang yang lain. Steiner juga menulis lebih daripada 50 buah buku dan menyampaikan lebih daripada 6000 syarahan yang mewakili dirinya sebagai saintis terkenal, pelukis, ahli falsafah, arkitek, dan pendidik sebelum meninggal dunia pada tahun 1925. Boleh dikatakan, peninggalan beliau  yang paling hebat ialah model pendidikan yang direkabentuk berdasarkan kepada pandangan  falsafah beliau dan teori perkembangan kanak-kanak (Richard, 1980; Steiner, 1982).
        Apa sahaja gambaran daripada falsafah Steiner adalah bermula daripada falsafah antropologi dari Greek; antro bermaksud lelaki dan sophia yang bermaksud kebijaksanaan.Ramai yang berpendapat bahawa antropologi ialah kajian mengenai kombinasi antara kemanusiaan dan kerohanian. Matlamat ilmu antropologi ini ialah untuk menunjukkan kebenaran atau pengetahuan baru, dan bukannya dihasilkan mengikut mana-mana prinsip tertentu yang membuatnya menjadi ortodoks. Keutamaannya adalah untuk mengetahui kebenaran tentang hal-hal kerohanian (Wilkinson, 1996).
           Komponen kedua dalam kajian kemanusiaan sebagaimana yang dikehendaki oleh Steine ialah mengenali diri sendiri iaitu setiap individu itu harus membina kekuatan diri dalam pelbagai bidang. Melalui kajian dan penerokaan mengenai  hal-hal intelektual, usaha-usaha artistik, kraf dan kemahiran tenaga buruh dan meditasi kerohanian, seseorang itu boleh meningkatkan kekuatan dan semangat dalam diri mereka. Sifat semula jadi manusia yang tidak dapat lari daripada menghadapi pengalaman di dunia, tetapi mereka mesti meletakkan diri dalam situasi sebenar dalam satu kedudukan pengasingan  dan tidak menguasai diri mereka (Wilkinson, 1996, p.53). Steiner merasakan bahawa melalui falsafah dan ilmu kemanusiaan, nilai kerohanian, jiwa dan tubuh badan untuk sebuah kehidupan dapat disediakan dan direalisasikan untuk pertumbuhan dan pembelajaran yang berterusan.

Teori Steiner mengenai Perkembangan Kanak-kanak

Steiner sentiasa konsisten dengan kepercayaannya dalam bidang antropologi,  seterusnya mencipta teorinya sendiri berkenaan dengan perkembangan kanak-kanak. Beliau mencadangkan 7 tahun kitaran yang merangkumi aspek perkembangan fizikal dan kerohanian. Dalam tempoh 7 tahun pertama kehidupan, Steiner merasakan bahawa perkembangan kanak-kanak lebih tertumpu pada bentuk fizikal tubuh badan. Mereka meniru orang-orang  dewasa di persekitaran mereka untuk mengenali dunia. Mereka juga melatih diri dengan pekerjaan sebenar melalui bermain dan projek-projek kraf tangan. Serentak dengan itu, perkembangan kerohanian sepatutnya baik berasakan konsep boleh yang digarap oleh Steiner dan dipupuk melalui drama atau simulasi. Tempoh masa tujuh tahun pertama inilah merupakan masa yang penting bagi kanak-kanak untuk meneroka alam fantasi dan imaginasinya.  Pada tahap ini, Steiner berpendapat bahawa pengajaran secara formal sangat tidak sesuai bagi kanak-kanak.
            Dalam kitaran tujuh tahun kedua iaitu lingkungan umur 7 hingga 14 tahun kanak-kanak Kanak-kanak mula sedar tentang dunia sekeliling mereka dan mula memahami arahan serta boleh belajar secara formal . Pada peringkat ini, kanak-kanak mulai memahami akan perasaan dan konsep kerohanian. Hubungan sesama insan juga mulai berkembang pada peringkat ini.
            Peringkat umur 14 hingga 21 tahun yang merupakan kitaran 7 tahun ketiga, manusia  telah mula mencapai tahap akil baligh dalam kehidupan mereka. Mereka mula menggabungkan kepintaran mereka mula berfikir secara abstrak. Perasaan untuk bebas dan berdikari mulai berkembang pada tahap ini dirasai dan pelajar mula meneroka dan berhubungan secara sendirian. Steiner menggariskan 7 tahun kitaran dan karektor-karektor yang bersesuaian mengikut susur galur kehidupan sehinggalah mencapai usia 85 tahun (Wilkinson, 1996).
            Kesimpulannya, bersandarkan kepada teori perkembangan ini menunjukkan Steiner percaya kepada pendidikan. Beliau merasakan bahawa kanak-kanak mesti berkembang secara menyeluruh dari aspek fizikal tubuh badan, jiwa dan kerohanian. Tumpuan hendaklah diberikan kepada mendidik semua kanak-kanak kerana membangunkan kebolehan kanak-kanak adalah lebih penting daripada mengajar kanak-kanak memahami pelajaran. Ini bermakna bahawa mengajar kanak-kanak memahami dan mengenali diri mereka adalah lebih baik daripada  mengajar mereka tentang fakta dan ilmu daripada buku. Steiner juga percaya bahawa pembelajaran yang sesuai  terutamanya untuk peringkat menengah adalah mengikut tahap umur dan peringkat yang telah ditetapkan.

Pendidikan Waldorf mengikut Konteks Sejarah

Steiner akhirnya berpeluang menyampaikan sendiri teori perkembangan dan pandangannya dalam pendidikan pada akhir Perang Dunia Pertama. Selepas Steiner menyampaikan syarahannya di Waldorf-Astoria Cigarette Factory, pemilik kilang tersebut iaitu Emil Molt mula tertarik dengan idea-idea Steiner dan mencadangkan Steiner membuka sebuah sekolah kepada anak-anak pekerja di kilangnya. Steiner menyahut cabaran itu dengan memberikan beberapa syarat iaitu:
Sekolah mestilah diuruskan oleh guru dan bukannya pihak pentadbir.
Kurikulumnya mestilah berasaskan impian dan cita-cita yang tinggi.
Pentingnya untuk mempunyai impian, kebenaran, dan perasaan tanggung jawab terhadap tiga aspek perkembangan sosial.
Guru-guru hendaklah dipilih oleh Steiner dan dilatih mereka melalui syarahan dan meditasi kendaliannya.
           Sekolah Waldorf yang pertama dibuka pada tahun 1919 apabila pemilik kilang itu, Emil Molt menerima syarat-syarat yang ditetapkan Steiner. Emil Molt juga menyediakan pembiayaan dan tempat untuk sekolah itu. Sambutan amat menggalakkan selepas beberapa bulan sekolah ini dibuka. Dalam tempoh 20 tahun, lebih daripada 6 buah sekolah Waldorf dibuka di Jerman, 7 buah lagi di negara-negara lain di seluruh dunia. Apabila rejim Nazi menguasai Jerman pada tahun 1939, kerajaan menutup semua sekolah-sekolah Waldorf kerana menganggap sekolah-sekolah tersebut mengajar kanak-kanak diajar berfikir tentang diri mereka sendiri. Sebaik sahaja rejim Nazi  lumpuh, sekolah-sekolah itu dibuka semula dengan semangat baru dan semakin maju.
       Sekolah-sekolah Waldorf adalah berdasarkan kepada budaya Jerman dan berpusatkan murid daripada idea-idea Steiner yang merangkumi 3 bidang pengurusan utama iaitu politik, kerohanian, dan ekonomi. Jerman Selatan secara dasarnya berminat dengan idea-idea Steiner mengenai kebebasan, kesamaan dan persaudaraan. Idea-idea Steiner bukan sahaja menjadi daya tarikan kepada negara Jerman sahaja malahan turut menarik minat kepada pendidik-pendidik di seluruh dunia. Kini, lebih daripada 800 buah sekolah Waldorf dibina di lebih 40 buah negara di seluruh dunia dan lebih daripada 150 buah daripada sekolah-sekolah itu dibina di Amerika Utara. Sebilangan sekolah-sekolah Waldorf ini hanyalah menyediakan pendidikan di peringkat tadika sahaja, dan ada juga yang menyambung pendidikan dari tadika sehingga peringkat gred ke-12 atau gred ke-13.
          
Tadika Waldorf

Tadika Waldorf berbeza dengan tadika-tadika yang biasa kita lihat. Tadika Waldorf menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak yang berusia antara tiga hingga enam tahun bersesuaian dengan kitaran 7 tahun pertama sebagaimana yang dinyatakan dalam teori perkembangan Steiner. Kurikulum meliputi permainan imaginatif, cerita-cerita dongeng, cerita rakyat dan cerita-cerita teladan, peniruan, aktiviti-aktiviti seni, aktiviti yang menunjukkan pekerjaan sebenar seperti menjahit, membuat roti, bermain alat muzik, menari, drama dan kesedaran tentang alam semula jadi, serta musim dan kitarannya.
        Steiner berpendapat kanak-kanak pada tahap tadika sedang berusaha mengembangkan fizikal tubuh badan dan apa yang  mereka kehendaki. Oleh itu, aktiviti yang dijalankan tidak memerlukan suasana akademik dan lebih kepada hands-on. Menurut Steiner, Banyak peluang akan wujud semasa aktiviti dijalankan di tadika dan beliau percaya itu akan mengembangkan lagi kehendak kanak-kanak. Alat mainan di tadika juga hendaklah dalam bentuk yang biasa  'open ended' bagi menggalakkan imaginasi kanak-kanak berkembang dengan sempurna. Selain itu, objek di dalam kelas kebanyakannya bahan semula jadi seperti buah labu, ranting, "pinecones & pebbles' dan sebagainya.
     Tadika Waldorf tidak mengamalkan pengajaran formal dan  dibentuk supaya ada kesinambungan dengan suasana di rumah. Apa yang lebih penting ialah kurikulum yang dibina adalah dapat menyediakan asas perkembangan yang baik dan menyumbang kepada kegembiraan dan kesihatan jangka panjang dan lebih-lebih lagi kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.

Sekolah Bergred Waldorf

Setelah berusia 7 tahun, kanak-kanak akan meneruskan tahap persekolahan  di gred dua hingga lapan. Dalam tempoh masa kitaran 7 tahun kedua ini kanak-kanak masih lagi bersama guru dan rakan-rakan pelajar dari kelas yang sama. Tujuannya adalah untuk memberikan kanak-kanak hubungan  yang berkekalan dan membentuk persekolahan yang konsisten kepada kanak-kanak. Ia juga sebagai salah satu cara bagi mengelakkan guru menjadi lembap atau pasif. Maka, guru dan murid akan bersama-sama dalam tempoh tujuh tahun kedua sehinggalah murid itu melalui peringkat tumbesaran.
            Berdasarkan kepada teori Steiner, Kanak-kanak pada tahap kedua ini telah bersedia untuk belajar subjek-subjek akademik. Mereka telah mempunyai asas-asas pendidikan yang cukup daripada pengalaman mereka di tadika sebelum ini. Kesedaran mereka mengenai dunia luar juga telah berkembang dengan baik. Nilai-nilai kerohanian dan perasaan juga telah berkembang dengan baik. Bidang-bidang akademik yang biasa seperti  membaca, menulis, kemahiran-kemahiran bahasa, matematik, geografi, sejarah dan sains akan diajar oleh guru supaya  kanak-kanak dapat menerokai ilmu dan  mahir dalam bidang-bidang tersebut.
            Mengikut jadual harian di sekolah Waldorf, setiap pagi guru akan menyambut kedatangan murid dan  memberi ucap selamat dan kata-kata pujian supaya murid-murid bersemangat untuk meneruskan pembelajaran. Kemudian semua kelas akan berkumpul untuk menjalankan sesi pagi. Pembelajaran utama bermula dalam tempoh masa 2 jam. Kelas ini akan menggunakan pelbagai pendekatan bukan setakat syarahan sahaja tetapi juga  pelbagai aktiviti yang sesuai dengan jadual kurikulum pada hari tersebut akan dijalankan. Pada waktu tengah hari kanak-kanak diberi peluang untuk menyertai aktiviti yang kurang akademik seperti seni, muzik dan aktiviti praktikal. Mata pelajaran yang sama mungkin akan diterokai selama 3 – 4 minggu sebelum mata pelajaran  baru diperkenalkan.

Latihan Guru Waldorf

Oleh sebab falsafah Waldorf diuruskan dengan baik dan kandungannya juga merangkumi pelbagai komponen terancang, maka guru-guru Waldorf perlu dilatih agar memahami  falsafah dan teori bagaimana cara  untuk mengaplikasikan  idea-idea tersebut dengan cara yang betul di dalam kelas.Kini terdapat lebih 50 sekolah latihan sepenuh masa di seluruh dunia di mana sekurang-kurangnya 8 daripadanya di Amerika Syarikat. Salah satu Kolej Latihan Rudolf Steiner terletak di California, Amerika Syarikat. Kolej ini menawarkan pelbagai program dan kursus-kursus untuk melatih  guru, pendidik guru, pengikut-pengikutnya, dan sesiapa sahaja yang berminat dengan Steiner dan  teorinya.

Ciri-ciri Program Waldorf
Mewujudkan  Masyarakat Penyayang dalam Kalangan Pelajar
Pendekatan Waldorf  dalam pendidikan awal kanak-kanak mengandungi unsur-unsur kemasyarakatan. Rudolf Steiner telah membincangkan secara terperinci perkara-perkara penting mengenai persekitaran fizikal, kumpulan umur, perancangan aktiviti, jadual dan hubungan sosial dalam program ini. Antara elemen-elemen yang terdapat di Tadika Waldorf ialah:
 Kepekaan kanak-kanak kepada persekitaran.
 Kepentingan bermain dan peniruan.
 Faedah daripada kumpulan pelbagai umur.
 Mewujudkan ritma dan rutin.
               Kelas Waldorf dibentuk seperti di rumah sebagai kesinambungan antara sekolah dan rumah. Menurut Waldorf, kanak-kanak sangat sensitif dengan persekitarannya. Mereka berupaya menyerap semua pengalaman pembelajaran melalui lima deria. Oleh itu, guru mestilah bijak melakukan susun atur dan reka bentuk dalam dan luar kelas yang akan digunakan oleh kanak-kanak. Selain itu, keindahan dan keceriaan  di dalam kelas juga  memainkan peranan untuk menarik minat kanak-kanak. Warna memainkan peranan yang amat penting, contohnya warna yang garang akan memberikan rangsangan yang terlebih manakala warna yang lembut akan memberikan rasa selesa dan tenang. Oleh kerana itu, Steiner mencadangkan supaya kelas bagi kanak-kanak perlulah dengan warna kosong yang lembut tanpa dihiasi dengan sebarang tampalan kertas dinding. Suasana menarik yang ringkas seperti perabot kayu dengan warna asli, langsir daripada natural fiber dan mainan buatan tangan menjadi keutamaan. Keadaan ini bagi membolehkan kanak-kanak meningkatkan imaginasi dengan keadaan yang tenang dan selesa.

Pengajaran untuk Mempertingkatkan Perkembangan dan Pembelajaran
Terdapat beberapa kepercayaan  yang didokong oleh guru-guru Waldorf berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak iaitu:
Hormat-menghormati, keterujaan dan dilindungi.
Menghormati dan memandang tinggi kepada kanak-kanak.
Menyediakan persekitaran yang menarik dan responsif.
Hubungan kanak-kanak dengan pengalaman deria.
Kerjasama sesama rakan sebaya.
Kanak-kanak belajar melalui pengalaman.
Sikap bertanggung jawab dan menjaga keselamatan diri.
     
     Membina Kurikulum yang Sepadan dan Sesuai
Memupuk  pemikiran kanak-kanak bermula dari minda, hati,  sosial, emosi, kerohanian, moral,fizikal dan intelektual kanak-kanak.
Mempertingkatkan perkembangan secara holistik dari aspek:
Perkembangan kerohanian
Perkembangan fizikal
Perkembangan intelektual
Mengekalkan integriti intelektual.
Menggabungkan pelbagai variasi dalam aspek disiplin 
Merangkumi kepelbagaian budaya
Menaksir Pembelajaran Kanak-kanak
Tiada lagi pendekatan tradisional dalam  penaksiran.
Membina hubungan yang baik sesama ahli keluarga.
Kebebasan untuk melangkah ke hadapan.
Melihat kanak-kanak sebagai individu yang bernilai.
Pemerhatian untuk melihat perkembangan kanak-kanak.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=CoW0pCIG-FM

PAKCIK PEDAGOGI PESAN '' JOM BELAJAR SAMBIL BERMAIN ''




Maksud PEDAGOGI ialah belajar melalui bermain adalah kaedah pembelajaran yangmenawarkan skop perkembangan yang menyeluruh untuk kanak-kanak,termasuk perkembangan kemahiran fizikal,sosial,emosi,intelek dan estatika,Ianya berbeza daripendekatan akademik yang seriang tertumpu kepada pendidikan formal yang khusus. Di antara teori-teori yang menerangkan PEDAGOGI  “Piaget’s stagers of play,Vygotsky’ssocial play,Smilansky’s socio dramatic play dan Garvey’s language play.

Para peyelidik di Pen Green juga telah menambahkan penggunaan konsep skema Piaget dan beberapa konsep perkembangan normal kanak-kanak ke dalam program mereka. Maka adalah besesuaian jika program Permata juga mengambil kira aspek skema Piaget dalam menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak di Malaysia. Dewasa ini, banyak sekali kita menjumpai anak-anak yang kehilangan waktu bermain kerana padatnya jadual belajar yang harus dilakukannya setiap hari, seperti mengikuti kegiatan belajar di sekolah, apatah lagi ditambah dengan berbagai kerja sekolah. Waktu anak-anak sudah habis digunakan untuk belajar dan terus belajar.Ibu bapa sekarang ini sangat obses terhadap anak-anaknya, mereka ingin anaknya sepintar yang mungkin. Ibu bapa juga seringkali lupa atau tidak menyedari bahawa seorang anak bukan sahaja pintar dalam bidang akademik, seperti membaca, menulis dan mengira. Tetapi mereka sering lupa atau tidak terdedah untuk bersosial sesama keluarga,masyarakat malahan dengan ibu bapanya sendiri.Dunia kanak-kanak adalah dunia bermain, dalam kehidupan anak-anak, sebahagian besar waktunya dihabiskan dengan aktiviti bermain. Mereka mengenal dunia dengan bermain, anak-anak belajar dengan bermain, dan anak-anak bersosial juga dengan bermain.Bermain bagi anak-anak haruslah dimudahkan kerana mampu menghilangkan stress dan tekanan.






Proses pedagogi iaitu belajar sambil bermain menimbulkan perasaan yang meriah.Selain perasaan itu, mereka juga belajar banyak dari pedagogi iaitu belajar memahami dan mengikuti aturan yang disepakati, belajar menghargai orang lain, belajar untuk bersaingsecara sehat dan jujur, belajar untuk mengenal orang lain dan sebagainya. Pedagogi memberikan kesempatan pada anak untuk mengembangkan kemampuan emosi, fizikal dan sosial mereka. Melalui interaksinya dengan pedagogi., seorang anak belajar meningkatkan toleransi 





  meningkatkan toleransi mereka terhadap keadaan yang secara potensial dapat menimbulkan frustrasi. Secara fizikal, pedagogi memberikan peluang bagi anak-anak untuk mengembangkan kemampuan fikiran. anak juga belajar berinteraksi secara sosial, berlatih untuk salingberbahagi dengan orang lain, meningkatkan tolerasi sosial, dan belajar berperanan aktif dalam kelompoknya. Dalam hal ini anak-anak juga menjalani proses pembentukan identiti diri dengan bercermin pada hal-hal yang ada di tengah masyarakat seperti tugas lelaki danperempuan yang bersesuaian dengan jantina walaupun padagogi belajar didalam kelompok.

                   Melalui kelebihan Padagogi, anak-anak juga berkesempatan untuk mengembangkan kemampuan mereka, karana melalui permainan serta alat-alat permainan anak-anak belajar mengerti dan memahami suatu gejala tertentu. Kegiatan ini sendiri merupakan suatu proses mengasah bakat dan kelebihan di mana mereka memperoleh informasi dan pengetahuan yang kelak dijadikan landasan ketika mereka sedang membesar. Anak-anak boleh menonjolkan bakat dan kemampuan mereka supaya anak-anak tidak merasa bosan dengan belajar. Apabila seorang pendidik berjaya menyediakan persekitaran yang bertujuan untuk menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak yang berinteraksi dengan persekitaran itu akan mengalami sesuatu proses pembelajaran. Interasi yang spontan sangat digemari oleh kanak-kanak. Ditambah pula dengan minat yang lahir secara dalaman (intrinsic)adalah aspek penting yang perlu dipupuk supaya kanak-kanak belajar melalui bermain.



            Antara minat yang lahir secara dalaman dari segi bahasa adalah seperti menyampaikan idea-idea, menunjukkan kefahaman seseorang terhadap sesuatu fenomena atau idea orang lain, memahami dan mengingat urutan(sequence),menukar bahasa percakapan kepada bahasa symbol iaitu tulisan dan sebaliknya serta sebagai kemahiran yang penting dalam kemahiranbrsosial kanak-kanak.Belajar melalui bermain bagi Math/sains ialah memahami konsep satu-dengan satu,memahami urutan sesuatu nombor atau objek seperti dari yang terpendek kepada yangterpanjang, mempelajari konsep set atau kumpulan, membentuk kefahaman mengenai ruang dan bagaimana sesuatu ruang boleh berubah dan memahami konsep konservasi sesuatu bahan.










TOKOH MARIA MONTESSORI

assalamualaikum pembuka bicara,
ingin berkongsi pelbagai ilmu,
maria montessori tokoh wanita pertama,
memperkenalkan kaedah untuk generasi baru.

siapa yang tidak kenal dengan tokoh wanita pertama yang berasal daripada itali ini tidak pernah berkhahwin dalam sepanjang hayatnya kerana ingin mengabadikan diri dalam ilmu kanak kanak. 

Model Pendidikan Montessori ini di asaskan oleh Maria Montessori (1870-1952) yang merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome, beliau mempunyai pengalaman mengenai pendidikan kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Di sekolah ini beliau menghabiskan masa selama 2 tahun bersama rakan-rakannya bagi melatih guru-guru dalam kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak terencat akal.  Di samping itu, beliau menghabiskan masa dengan kanak-kanak dengan membuat pemerhatian dan ujikaji dengan menggunakan pelbagai bahan dan kaedah serta menggunakan semua idea yang diperolehinya melalui kajian tersebut. Sumbangannya terhadap kanak-kanak menjadikan Maria Montessori seorang tokoh yang terkenal lebih-lebih lagi kerana beliau seorang doktor. Melalui kaedah pembelajaran yang diperkenalkan oleh beliau kepada kanak-kanak cacat, beliau mula menerapkan kaedah ini kepada kanak-kanak biasa. Beliau yakin bahawa kaedah yang digunakan ini boleh mendatangkan hasil pencapaian yang lebih baik kepada kanak-kanak istimewa dan boleh memperbaiki kanak-kanak normal (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

Model Montessori dalam pendidikan awal kanak-kanak muncul dalam awal abad ke 20. Dr. Maria Montessori adalah wanita pertama yang menerima ijazah dalam perubatan daripada Universiti Rome. Beliau telah menubuhkan sekolah Montessori yang dikenali sebagai Casas dei Bambini untuk kanak-kanak dari rumah miskin dan kanak-kanak yang kurang berupaya. Beliau telah dipengaruhi oleh Rousseau, Locke, Itard dan Sequin. Beliau bersetuju dengan Rousseau bahawa kebebasan adalah penting bagi kanak-kanak dan konsep kelas sebagai sebuah komuniti. Beliau mempelajari pentingnya pengalaman awal, ketertiban, dan deria dari Itard dan Sequin. Itard dan Sequin adalah pelopor awal dalam penilaian ke atas kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak dengan keperluan khasnya. Montessori mengembangkan bahan sensori untuk belajar yang merefleksikan kegiatan yang konkrit sepertimana yang digunakan oleh Sequin dan itard untuk penilaian.  Seperti Piaget, teori perkembangan Montessori juga adalah konstruktivis. Beliau mengambarkan peringkat dalam perkembangan atau tempoh sensitif untuk belajar. Chattin-McNichols (1992) dalam Sue C. Wortham (2010) menyatakan, seperti Piaget dan Vygotsky, Montessori percaya dalam alam pembelajaran yang aktif dimana guru berkhidmat sebagai pembimbing kepada perkembangan kanak-kanak.



Kaedah Mengajar

Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Montessori kita dapat melihat semua kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang universal dalam kehidupan mereka (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

Ciri-ciri berikut adalah :
·      Semua kanak-kanak mempunyai “absorbent mind”.
·      Semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitif.
·      Semua kanak-kanak ingin belajar.
·      Semua kanak-kanak belajar melalui bermain dan bekerja.
·      Semua kanak-kanak melalui berbagai peringkat perkembangan.
·      Semua kanak-kanak ingin berdikari.

Montessori menekankan kepada :
·      Kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Alatan mengajar yang disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria mereka.
·      Kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan “Sensory Teaching And Learning”. Kaedah mengajar di sekolah Montessori mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan agar kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap.
·      Beliau membuat kesimpulan bahawa tingkahlaku kanak-kanak ini merupakan satu usaha untuk mempelajari mengenai persekitaran dengan menggunakan tangan mereka. Idea ini iaitu “The part to intellectual development is through the hand”, merupakan tema yang penting dalam kaedahnya.


Matlamat Pendidikan Montessori

Matlamat pendidikan Montessori yang terpenting ialah perkembangan individu secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, sosial, emosi dan intelek.  Persatuan Montessori Amerika pada tahun 1984, dalam Brewer pada tahun 1998 menyatakan bahawa matlamat program Montessori adalah untuk memperkembangkan aspek-aspek berikut (Nor Nurulhayati et al., 2009) :
·      Penumpuan
·      Kemahiran membuat pemerhatian
·      Kesedaran dan segi susunan dan urutan
·      Koordinasi
·      Kesedaran dari segi tanggapan dan kemahiran amali
·      Konsep matematik
·      Kemahiran bahasa
·      Kemahiran menulis dan membaca
·      Kebiasaan dari segi seni kreatif
·      Kefahaman tentang alam semulajadi
·      Pengalaman dalam memahami sains sosial
·      Pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik penyelesaian masalah


Pendidikan Montessori merangkumi pelbagai aspek penting iaitu :

·     Persekitaran Pusat Prasekolah.
Suasana persekitaran pendidikan Montessori haruslah mempunyai kawasan yang luas untuk kanak-kanak bergerak dengan bebas serta dilengkapi dengan taman permainan dan juga kebun bunga untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Peralatan asas seperti kerusi, meja, almari, sinki basuh tangan, papan hitam dan pelbagai lagi haruslah sesuai dengan umur mereka, bagi memudahkan kanak-kanak menggunakan kemudahan tersebut di samping dapat mengelak daripada berlaku kecederaan sewaktu proses pembelajaran. Falsafah Montessori adalah berdasarkan logik, teratur, sistematik dan indah (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).


·     Kanak-kanak
Berdasarkan kepada aktiviti individu, kanak-kanak pelbagai umur melibatkan diri dalam aktiviti-aktivtiti yang berbentuk individual. Kanak-kanak bebas memilih mana-mana projek yang mereka sukai. Aktiviti biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja. Kanak-kanak mengikut arahan kendiri bekerja bersendirian atau berdua-duaan. Kanak-kanak yang lebih muda mempelajari aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan meniru rakan-rakan yang lebih tua (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

·     Guru
Kawalan orang dewasa sangat minimal. Guru memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang bagaimana menggunakan alat-alat atau bahan yang baru. Guru-guru tidak memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti ialah untuk mendapat “self rewarding”, motivasi intristik. Guru-guru Montessori mempelajari kaedah dan kurikulum dengan mengikuti kursus intensif di peringkat ijazah (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).



·      Bahan
Mempunyai ciri-ciri khusus iaitu bahayanya didaktik iaitu dibentuk untuk mengajar pelajaran tertentu.berbentuk (self correcting). Mereka akan mendapat maklumat balik setelah berjaya atau tidak dalam menyempurnakan tugas berdasarkan bahan tersebut. Bahan dibina daripada mudah kepada yang lebih susah dan bahan-bahan dibina dengan cermat seperti bahan-bahan semulajadi contohnya kayu yang divarnish (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

·      Kurikulum
Terdapat beberapa set aktiviti, diantaranya ialah :
§  Aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan harian.
§  Aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria.
§  Aktiviti yang bercorak akademik.

·      Aktiviti Kehidupan Harian (Daily Living)
Aktiviti ini berbentuk praktikal seperti:
§  Mengenakan butang baju
§  Memasang tali kasut
§  Menggilap kasut
§  Menyikat rambut
§  Menyiram pokok
§  Mencuci tingkap dan menyapu sampah dan mengelap meja.

·      Bahan Deria (Sensorial Material)
Untuk memperkembangkan kemahiran kanak-kanak, Montessori telah mencipta
berbagai alat bantuan mengajar seperti :
§  Pink Tower
§  Brown Stairs
§  Red Rods
§  Cylinder Block
§  Smelling Jar
§  Baric Tablets
§  Latihan Mengecam Warna
§  Sound Boxes
§  Temperature Jugs
§  Pelbagai Jenis Kain


menarik kan ^_^ dan di sini saya sertakan beberapa buah tadika yang menggunakan kaedah maria montessori