Maksud PEDAGOGI ialah belajar melalui bermain adalah kaedah pembelajaran yangmenawarkan skop perkembangan yang menyeluruh untuk kanak-kanak,termasuk perkembangan kemahiran fizikal,sosial,emosi,intelek dan estatika,Ianya berbeza daripendekatan akademik yang seriang tertumpu kepada pendidikan formal yang khusus. Di antara teori-teori yang menerangkan PEDAGOGI “Piaget’s stagers of play,Vygotsky’ssocial play,Smilansky’s socio dramatic play dan Garvey’s language play.
Para peyelidik di Pen Green juga telah menambahkan penggunaan konsep skema Piaget dan beberapa konsep perkembangan normal kanak-kanak ke dalam program mereka. Maka adalah besesuaian jika program Permata juga mengambil kira aspek skema Piaget dalam menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak di Malaysia. Dewasa ini, banyak sekali kita menjumpai anak-anak yang kehilangan waktu bermain kerana padatnya jadual belajar yang harus dilakukannya setiap hari, seperti mengikuti kegiatan belajar di sekolah, apatah lagi ditambah dengan berbagai kerja sekolah. Waktu anak-anak sudah habis digunakan untuk belajar dan terus belajar.Ibu bapa sekarang ini sangat obses terhadap anak-anaknya, mereka ingin anaknya sepintar yang mungkin. Ibu bapa juga seringkali lupa atau tidak menyedari bahawa seorang anak bukan sahaja pintar dalam bidang akademik, seperti membaca, menulis dan mengira. Tetapi mereka sering lupa atau tidak terdedah untuk bersosial sesama keluarga,masyarakat malahan dengan ibu bapanya sendiri.Dunia kanak-kanak adalah dunia bermain, dalam kehidupan anak-anak, sebahagian besar waktunya dihabiskan dengan aktiviti bermain. Mereka mengenal dunia dengan bermain, anak-anak belajar dengan bermain, dan anak-anak bersosial juga dengan bermain.Bermain bagi anak-anak haruslah dimudahkan kerana mampu menghilangkan stress dan tekanan.
Proses pedagogi iaitu belajar sambil bermain menimbulkan perasaan yang meriah.Selain perasaan itu, mereka juga belajar banyak dari pedagogi iaitu belajar memahami dan mengikuti aturan yang disepakati, belajar menghargai orang lain, belajar untuk bersaingsecara sehat dan jujur, belajar untuk mengenal orang lain dan sebagainya. Pedagogi memberikan kesempatan pada anak untuk mengembangkan kemampuan emosi, fizikal dan sosial mereka. Melalui interaksinya dengan pedagogi., seorang anak belajar meningkatkan toleransi
meningkatkan toleransi mereka terhadap keadaan yang secara
potensial dapat menimbulkan frustrasi. Secara fizikal, pedagogi memberikan
peluang bagi anak-anak untuk mengembangkan kemampuan fikiran. anak juga belajar
berinteraksi secara sosial, berlatih untuk salingberbahagi dengan orang lain,
meningkatkan tolerasi sosial, dan belajar berperanan aktif dalam kelompoknya.
Dalam hal ini anak-anak juga menjalani proses pembentukan identiti diri dengan
bercermin pada hal-hal yang ada di tengah masyarakat seperti tugas lelaki
danperempuan yang bersesuaian dengan jantina walaupun padagogi belajar didalam
kelompok.
Melalui kelebihan Padagogi, anak-anak juga berkesempatan untuk
mengembangkan kemampuan mereka, karana melalui permainan serta alat-alat
permainan anak-anak belajar mengerti dan memahami suatu gejala tertentu.
Kegiatan ini sendiri merupakan suatu proses mengasah bakat dan kelebihan di mana
mereka memperoleh informasi dan pengetahuan yang kelak dijadikan landasan ketika
mereka sedang membesar. Anak-anak boleh menonjolkan bakat dan kemampuan mereka
supaya anak-anak tidak merasa bosan dengan belajar. Apabila seorang pendidik
berjaya menyediakan persekitaran yang bertujuan untuk menggalakkan proses
pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak yang berinteraksi dengan persekitaran
itu akan mengalami sesuatu proses pembelajaran. Interasi yang spontan
sangat digemari oleh kanak-kanak. Ditambah pula dengan minat yang lahir secara
dalaman (intrinsic)adalah aspek penting yang perlu dipupuk supaya kanak-kanak
belajar melalui bermain.
Antara minat yang lahir secara dalaman dari segi bahasa
adalah seperti menyampaikan idea-idea, menunjukkan kefahaman seseorang terhadap
sesuatu fenomena atau idea orang lain, memahami dan mengingat
urutan(sequence),menukar bahasa percakapan kepada bahasa symbol iaitu tulisan
dan sebaliknya serta sebagai kemahiran yang penting dalam kemahiranbrsosial
kanak-kanak.Belajar melalui bermain bagi Math/sains ialah memahami konsep
satu-dengan satu,memahami urutan sesuatu nombor atau objek seperti dari yang
terpendek kepada yangterpanjang, mempelajari konsep set atau kumpulan, membentuk
kefahaman mengenai ruang dan bagaimana sesuatu ruang boleh berubah dan memahami
konsep konservasi sesuatu bahan.
No comments:
Post a Comment