ingin berkongsi pelbagai ilmu,
maria montessori tokoh wanita pertama,
memperkenalkan kaedah untuk generasi baru.
siapa yang tidak kenal dengan tokoh wanita pertama yang berasal daripada itali ini tidak pernah berkhahwin dalam sepanjang hayatnya kerana ingin mengabadikan diri dalam ilmu kanak kanak.
Model Pendidikan Montessori ini di asaskan oleh Maria Montessori
(1870-1952) yang merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome, beliau mempunyai
pengalaman mengenai pendidikan kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899,
beliau terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Di sekolah
ini beliau menghabiskan masa selama 2 tahun bersama rakan-rakannya bagi melatih
guru-guru dalam kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak terencat akal. Di samping itu, beliau menghabiskan masa
dengan kanak-kanak dengan membuat pemerhatian dan ujikaji dengan menggunakan
pelbagai bahan dan kaedah serta menggunakan semua idea yang diperolehinya
melalui kajian tersebut. Sumbangannya terhadap kanak-kanak menjadikan Maria Montessori
seorang tokoh yang terkenal lebih-lebih lagi kerana beliau seorang doktor.
Melalui kaedah pembelajaran yang diperkenalkan oleh beliau kepada kanak-kanak
cacat, beliau mula menerapkan kaedah ini kepada kanak-kanak biasa. Beliau yakin
bahawa kaedah yang digunakan ini boleh mendatangkan hasil pencapaian yang lebih
baik kepada kanak-kanak istimewa dan boleh memperbaiki kanak-kanak normal (Nor
Nurulhayati Aris et al., 2009).
Model Montessori dalam pendidikan awal kanak-kanak muncul dalam awal
abad ke 20. Dr. Maria Montessori adalah wanita pertama yang menerima ijazah
dalam perubatan daripada Universiti Rome. Beliau telah menubuhkan sekolah
Montessori yang dikenali sebagai Casas dei Bambini untuk kanak-kanak dari rumah
miskin dan kanak-kanak yang kurang berupaya. Beliau telah dipengaruhi oleh
Rousseau, Locke, Itard dan Sequin. Beliau bersetuju dengan Rousseau bahawa
kebebasan adalah penting bagi kanak-kanak dan konsep kelas sebagai sebuah
komuniti. Beliau mempelajari pentingnya pengalaman awal, ketertiban, dan deria
dari Itard dan Sequin. Itard dan Sequin adalah pelopor awal dalam penilaian ke
atas kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak dengan keperluan khasnya. Montessori
mengembangkan bahan sensori untuk belajar yang merefleksikan kegiatan yang
konkrit sepertimana yang digunakan oleh Sequin dan itard untuk penilaian. Seperti Piaget, teori perkembangan Montessori
juga adalah konstruktivis. Beliau mengambarkan peringkat dalam perkembangan
atau tempoh sensitif untuk belajar. Chattin-McNichols (1992) dalam Sue C.
Wortham (2010) menyatakan, seperti Piaget dan Vygotsky, Montessori percaya
dalam alam pembelajaran yang aktif dimana guru berkhidmat sebagai pembimbing
kepada perkembangan kanak-kanak.
Kaedah Mengajar
Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Montessori kita dapat melihat
semua kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang
universal dalam kehidupan mereka (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).
Ciri-ciri berikut adalah :
· Semua kanak-kanak mempunyai
“absorbent mind”.
· Semua kanak-kanak melalui
peringkat umur yang sensitif.
· Semua kanak-kanak ingin
belajar.
· Semua kanak-kanak belajar
melalui bermain dan bekerja.
· Semua kanak-kanak melalui
berbagai peringkat perkembangan.
· Semua kanak-kanak ingin
berdikari.
Montessori menekankan kepada :
· Kaedah yang sesuai dengan
masalah pembelajaran kanak-kanak. Alatan mengajar yang disediakan perlulah
mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria mereka.
· Kaedah Montessori dan bahan
pengajarannya menekankan “Sensory Teaching And Learning”. Kaedah mengajar di
sekolah Montessori mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan
sentuhan. Ini bertujuan agar kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan
menggunakan deria dengan cekap.
· Beliau membuat kesimpulan
bahawa tingkahlaku kanak-kanak ini merupakan satu usaha untuk mempelajari
mengenai persekitaran dengan menggunakan tangan mereka. Idea ini iaitu “The
part to intellectual development is through the hand”, merupakan tema yang
penting dalam kaedahnya.
Matlamat Pendidikan Montessori
Matlamat pendidikan Montessori yang terpenting ialah perkembangan
individu secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, sosial, emosi dan
intelek. Persatuan Montessori Amerika
pada tahun 1984, dalam Brewer pada tahun 1998 menyatakan bahawa matlamat
program Montessori adalah untuk memperkembangkan aspek-aspek berikut (Nor
Nurulhayati et al., 2009) :
· Penumpuan
· Kemahiran membuat
pemerhatian
· Kesedaran dan segi susunan
dan urutan
· Koordinasi
· Kesedaran dari segi
tanggapan dan kemahiran amali
· Konsep matematik
· Kemahiran bahasa
· Kemahiran menulis dan
membaca
· Kebiasaan dari segi seni
kreatif
· Kefahaman tentang alam
semulajadi
· Pengalaman dalam memahami
sains sosial
· Pengalaman dari segi
kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik penyelesaian masalah
Pendidikan Montessori merangkumi pelbagai aspek penting iaitu :
· Persekitaran Pusat
Prasekolah.
Suasana persekitaran pendidikan Montessori haruslah mempunyai kawasan
yang luas untuk kanak-kanak bergerak dengan bebas serta dilengkapi dengan taman
permainan dan juga kebun bunga untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan.
Peralatan asas seperti kerusi, meja, almari, sinki basuh tangan, papan hitam
dan pelbagai lagi haruslah sesuai dengan umur mereka, bagi memudahkan
kanak-kanak menggunakan kemudahan tersebut di samping dapat mengelak daripada
berlaku kecederaan sewaktu proses pembelajaran. Falsafah Montessori adalah
berdasarkan logik, teratur, sistematik dan indah (Nor Nurulhayati Aris et al.,
2009).
· Kanak-kanak
Berdasarkan kepada aktiviti individu, kanak-kanak pelbagai umur
melibatkan diri dalam aktiviti-aktivtiti yang berbentuk individual. Kanak-kanak
bebas memilih mana-mana projek yang mereka sukai. Aktiviti biasanya dilakukan
di atas tikar atau di atas meja. Kanak-kanak mengikut arahan kendiri bekerja
bersendirian atau berdua-duaan. Kanak-kanak yang lebih muda mempelajari
aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan meniru rakan-rakan yang lebih tua
(Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).
· Guru
Kawalan orang dewasa sangat minimal. Guru memerhati kanak-kanak dari
jauh dan hanya melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak
tentang bagaimana menggunakan alat-alat atau bahan yang baru. Guru-guru tidak
memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti ialah untuk mendapat “self
rewarding”, motivasi intristik. Guru-guru Montessori mempelajari kaedah dan
kurikulum dengan mengikuti kursus intensif di peringkat ijazah (Nor Nurulhayati
Aris et al., 2009).
· Bahan
Mempunyai ciri-ciri khusus iaitu bahayanya didaktik iaitu dibentuk untuk
mengajar pelajaran tertentu.berbentuk (self correcting). Mereka akan mendapat
maklumat balik setelah berjaya atau tidak dalam menyempurnakan tugas
berdasarkan bahan tersebut. Bahan dibina daripada mudah kepada yang lebih susah
dan bahan-bahan dibina dengan cermat seperti bahan-bahan semulajadi contohnya
kayu yang divarnish (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).
· Kurikulum
Terdapat beberapa set aktiviti, diantaranya ialah :
§ Aktiviti yang berkaitan dengan
kehidupan harian.
§ Aktiviti yang berkaitan dengan
penggunaan deria.
§ Aktiviti yang bercorak
akademik.
· Aktiviti Kehidupan Harian
(Daily Living)
Aktiviti ini berbentuk praktikal seperti:
§ Mengenakan butang baju
§ Memasang tali kasut
§ Menggilap kasut
§ Menyikat rambut
§ Menyiram pokok
§ Mencuci tingkap dan menyapu
sampah dan mengelap meja.
· Bahan Deria (Sensorial Material)
Untuk memperkembangkan kemahiran kanak-kanak, Montessori telah mencipta
berbagai alat bantuan mengajar seperti :
§ Pink Tower
§ Brown Stairs
§ Red Rods
§ Cylinder Block
§ Smelling Jar
§ Baric Tablets
§ Latihan Mengecam Warna
§ Sound Boxes
§ Temperature Jugs
§ Pelbagai Jenis Kain
menarik kan ^_^ dan di sini saya sertakan beberapa buah tadika yang menggunakan kaedah maria montessori
No comments:
Post a Comment